VOOPEE adalah sebuah perkhidmatan GSM (Nombor Maya @ Virtual Number) yang melibatkan aplikasi mudah alih tanpa mengunakan sebarang SIMKAD yang pertama di Malaysia.

VOOPEE adalah gabungan pengendali mudah alih dan aplikasi, serta ciri mempunyai ciri merentas sempadan yang membolehkan anda menggunakannya untuk berhubung dengan sesiapa sahaja meskipun anda sedang berada di luar negara. 

Bila anda mengunakan aplikasi VOOPEE, anda tidak dikenakan sebarang caj perayauan antarabangsa atau lebih dikenali dengan international roaming charge.

Aplikasi Voopee dikembangkan secara bersama oleh pengendali TELCO – XOX Media (anak syarikat XOX BHD) dan E-Horizon Pte Ltd. Aplikasi ini secara rasmi telah dilancarkan pada tahun 2012.

Apabila anda mendaftar dengan Aplikasi VOOPEE, anda akan diberi Nombor Mudah Alih yang baru tanpa memerlukan sebarang SIMKAD yang disediakan oleh XOX MOBILE dan ianya berlainan dengan No asal talian ONEXOX anda.

Anda juga tak perlu membuat pertukaran pengendali mudah alih untuk mendapatkan Nombor Voopee.

Aplikasi VOOPEE ini adalah percuma kepada pelanggan ONEXOX dan jangan lupa perkara yang paling  istemewa tentang aplikasi VOOPEE ialah ianya tidak memerlukan kad SIM fizikal.

Aplikasi ini adalah percuma untuk membuat Panggilan & SMS tanpa had.

Anda boleh menerima panggilan  & SMS dari nombor bukan VOOPEE (Non-VOOPEE)

Anda juga boleh membuat Panggilan & SMS keluar ke nombor bukan VOOPEE (Non-VOOPEEe)

Dengan aplikasi VOOPEE anda dapat menikmati kadar 10sen/minit bila anda membuat panggilan ke mana-mana talian tetap Malaysia dan mudah alih di mana-mana, pada bila-bila masa.

Buat pengetahuan anda panggilan VOOPEE-ke-VOOPEE adalah Percuma!