WHATSAPP

+6011-56500932 

MNP bertujuan untuk memindah no talian mudah alih anda dari telco lama anda kepada telco ONEXOX.

  • MNP: Jangka hayat no talian mudah alih anda akan menjadi sah milik anda bermula dari pertukaran telko sehingga 28 bulan! Tawaran ini adalah istimewa kepada semua pelanggan yang telah memindahkan nombor kegemaran mereka kepada pelan ONEXOX.
  • Tarikh tamat tempoh akaun prabayar anda akan diubah kepada 28 bulan dalam masa 2 minggu selepas pengaktifan kad sim anda.
  • Tiada syarat yang dikenakan! Walau bagaimanapun, jika tempoh sah masih tidak dilanjutkan selepas tempoh itu, sila hubungi khidmat pelanggan pada 12273 untuk penyesuaian manual.
  • Kini, anda tidak perlu bimbang tentang tarikh tamat tempoh kerana setiap ringgit tambahan yang anda buat selepas ini akan sentiasa memanjangkan tempoh hayat no mudah alih anda! pindah no mudah alih anda sekarang.

MNP (Mobile Number Portability)

Melalui kaedah MNP, anda boleh memindahkan langganan telco anda kepada ONEXOX dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada. Tiada lagi kerisauan tentang kemungkinan kenalan anda tidak dapat menghubungi anda.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat permohonan MNP:
Pelanggan pasca bayar:
  • Pastikan anda adalah pemilik asal akaun.
  • Talian atau langganan anda masih aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tiada ikatan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada anda.
  • Jika anda mempunyai talian tambahan, kesemua talian mesti dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada diantara talian tambahan tidak mahu dipindahkan.
  • Sila rujuk kepada penyedia rangkaian telco anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.
Pelanggan prabayar:
  • Pastikan anda ialah pemilik langganan.
  • Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  • Pastikan talian langganan di telco anda masih aktif.
  • Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.
Nota:
1. Proses pengaktifan mengambil masa 1-5 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
2. Pengedar kami tidak dibenarkan menjadi wakil anda untuk berurusan dengan mana-mana pihak jika terdapat sebarang kesulitan semasa permohonan MNP.

NIKMATI GANJARAN MNP ONEXOX

  • Kekalkan Nombor Lama
  • Lebih adil kerana tiada caj tersembunyi dan tiada kecurian kredit
  • Inovasi caj panggilan yang lebih jimat
  • Caj panggilan serendah 5 sen / 10 sen
  • Berkongsi data dan simpan baki data anda didalam season pass
  • Berkongsi data anda dengan sesiapa sahaja yang mempunyai rangkaian ONEXOX.
  • Menyimpan data yang tidak digunakan dan mengunakan bila diperlukan.
  • Tempoh hayat no talian anda bermula dari 28 bulan dan akan bertambah setiap kali anda menambah nilai kredit anda.
  • Ganjaran serta promosi yang berterusan.
  •  SMS percuma, data percuma dan panggilan percuma